ALLAH
tidak menjanjikan hari-hari yang kita lalui tanpa diduga.
Bahkan kita tahu juga, ALLAH tidak pernah menjanjikan yang siang mataharinya terus bersinar, bahkan ALLAH tidak pernah berjanji yang hujan tidak akan turun disiang hari.
Tetapi ALLAH menjanjikan kekuatan dan ketabahan buat kita semua.
ALLAH sudah menetapkan segala ganjaran.
Kenapa kita menutup mata ketika sedang tidur, ketika kita menangis, ketika kita sedang memikirkan sesuatu?
Kerana, hal-hal yang paling indah dalam hidup jarang kelihatan.
Cuma kita dapat merasainya.
Memang sesuatu yang manis jarang kita mahu tinggalkan.
Orang yang kita sayang, jarang kita lepaskan.
Melepaskan bukan bermakna kita melupakan.
Ianya tetap kekal di dalam hati, di dalam saubari..
kata-kata hari ini :
adakah matahari akan terus bersinar?
adakah hujan akan terus membasahi bumi?
adakah bumi akan terus menghijau?
0 comments:
Post a Comment