PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya
couple la tu kan?
PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?
LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar
dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun,
insyaAllah.
PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.
LELAKI : Eh, kenapa?????
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3
tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya
dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang
soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati
saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.
Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa
terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk
mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan
dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.
Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini
bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2.
Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu
dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya
hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita
ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik.
Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring.
Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik
yg lain lah..
LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2
tunggu awk.
PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau
pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri
harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus.
Bincang dengan dorang. Salam.
LELAKI : Wslm
CFS IIUM TAEKWONDO~
13 years ago