Dalam
sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana
ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi
marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan
dalam hubungan.
Mengikut
kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila
perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud
krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan
hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang
sebenarnya.
Kadangkala
masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan
berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai
diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan
sefahaman.
Memang
benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal
bersama orang tersayang.
Tetapi
jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak
untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi
perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu
tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan
melampaui batas.
Tidakkah
rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya
disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang
memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu
daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat
dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal
hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada
perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan
pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus
terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur
pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan
perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan
juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti
kita juga akan setia padanya.
Jika
sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi,
apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri
daripada berlaku curang pada pasangan.
p/s : SO TEPUK DADA TANYA SELERA..OK?? ^_^